mugen8 -  - Fotopages.com
Pulau Perhentian
<description>Woh..dah lama dah tak update fotopages.Bukannya dah berhenti dari mengambil gambar cuma takde masa nak resize and upload.
Baru baru ni aku ada ke Pulau Perhentian.Memang dream vacation setelah ditangguh bertahun tahun dan ada sahaja insiden mensabotaj percutian aku ke pulau - urusan kerja ,poket duit yang bocor atau urusan keluarga yang perlu diutamakan..memang dah sampai seru untuk aku bercuti kali ini sampai aku berkata pada kawan aku..bawak la aku kemana sahaja asalkan pegi bercuti.
Dengan kos RM 350 utk pakej bercuti 3 hari 2 malam dan  RM 61 kos naik bas kita proceed!kita bolos saje pulau perhentian itu!!
Aku menginap di Flora Bay resort dengan 2 orang kawan aku.Seronok sangat sangat.Dapat snorkelling dan tengok spesies flora dan fauna taman laut yang bermacam jenis.ni yang buat aku nak tambah lagi satu kamera dalam air.Dapat tengok  ikan jerung,penyu yang makan tengah hari,tumbuhan laut -terumbu karang yang menjadi tempat ikan bermain.Paling meriah ikan di taman laut Marine Park.Superb!!Rugi pula masa tu tak bawa kamera underwater.Setiap kali sebelum habis snorkelling,bot akan singgah untuk mandi air mata air- kata orang kat situ air berani.hari pertama memang penat sbb berhenti di 4 lokasi untuk snorkeling.Cuma di tempat ikan jerung tu penat sket sbb berpusing carik ikan jerung.Situ pun berombak.Selalu la tertelan air laut.Aku nampak la jerung.Sekilas je.Cepat sangat.Tima kasih pada guide 'D'
Pakej yang aku subsribe  ni termasuk island hoping ke Pulau Redang dan juga Lang Tengah.Makan 2 brealfast,2 lunch dan 2 dinner.Hari kedua tu dinner bbq yang kita datang untuk makan jek.
Apa lagi ye?
Mana boleh lupa pengalaman naik bot laju dan ditiup oleh angin.Untuk tips menaiki bot - pilihlah  tempat duduk di belakang bot untuk lebih selesa.Ikut hukum fizik  bila bot melambung,bahagian yang terangkat dari pusat graviti akan mengalami hentakan yang lebih kuat.Lebih depan lebih sengsara.
Lagi satu.. guide kat situ pun peramah.Rasa macam dah kenal lama dengan diorang.Along dengan 'D' antara guide yang rajin memandu pelancong domestik macam aku n kawan kawan aku.Along dengan tak disangka sangka membawa kami tengok buku pasal hidupan laut.Belajar tentang nama saintifik dan kumpulan flora ataupun fauna yang kami bakal/dah tengok semasa snorkelling.
Pertama kali berjumpa Along,yang jelas kelihatan di mata rambutnya karat.Aku sangkakan dia begitu sebab pengaruh pelancong Jepun.Pegi la warna rambut macam tu.Tapi katanya sebab dah lama berjemur dan berendam dengan air laut akibatnya jadi macam tu lah.Kami disuruh meneka umur Along.Kawanku meneka umurnya semuda 22.Tapi aku teka dlm 28 tahun.Tersengih lebar Along bila menyebut 22 tahun. Semua tekaan kami salah.Siapa sangka umurnya dah 35 tahun dan sudahpun berkahwin.(*ahahaha habis la along dah cantas dah bila cite pasal status along kat sini).
"D" pun guide yang baik.Dengan penuh sabar dia mengajar aku teknik skin diving yang betul.Menggeleng kepala nya bila aku masih belum dapat tangkap teknik diving.Aku lagi la.Penat juga aku fikirkan apesal masih tak betul betul lagi.Sampai la dia kata guna teknik sujud.Lepas tu boleh la aku dapat sket.Aku rasa selesa dengan "D".Dia bukan jenis yang ambil kesempatan untuk berfoya foya.(*setakat yang aku nampakla).
Kehidupan orang pulau bagi aku ringkas dan menenangkan.Fasanya tidak serancak kesibukan di kota.Tapi guide aka beachboys rasa confident dengan diri mereka.Mungkin kerana warna kulit yang gelap serta  fizikal mereka yang berotot menampakkan diri mereka maskulin.Beach Boys adalah seperti gadis litar di GT Japan ataupun F1 bagi aku.hehehehe
Hari terakhir kena balik ke KL semula.SIRIM audit menunggu.Dah la ambik bot seawal pukul 8 utk sampai di KL petang.Aku ke ofis untuk menyusun file.Rasa alaa kalau lewat balik boleh la pegi jungle trekking tapi apa kan daya keje keje keje dah tunggu.
Aku akan kembali semula ke Pulau Perhentian.Insya allah.
Dikala bulan bermain biola
<description>Tribute untuk kugiran Hujan.Di kala bulan bermain biola.Gambar ni diambil ketika bulan penuh.ada sekali tu aku nampak matahari terbenam cantik sgt dengan penuhnya,dengan bulatnya tapi kamera takde dgn aku.kawan aku pinjam.sayang sangat sangat.</description>
standby stay tuned
<description>upacara perasmian hamper raya</description>
Bitter Sweet Symphony of Life in MMU
<description>sbenarnya cuti pada hari tu.tp mmg dah lama plan nak balik ke MMU.jd tak apa laa. attend meeting TM di cyberjaya dan lepas tu boleh la ke MMU.tapi tah knapa selain dari tu ada satu perasaan pelik yang mengatakan aku juga akan bertembung dengan rakan lama.yupp betul instinct aku.5 ke 6 tahun tak jumpa ye?
lepas berbual panjang aku ke MMU plak.sib baik masih ada kawan di MMU.aku tengok banyak jugak perubahan di MMU.MMU makin besar.Fakulti IT dah ada bangunan fakulti sendiri.Tak share dengan FOE.
Kalau ada beberapa perkara yg boleh diubah,aku tentu nak ubah zaman masa aku di MMU dulu.There are things that I'm not very proud of.I wish I could done much better in studies.I wish I have made the right decision.I wish I can control any situations that I tried so hard to avoid and yet it happened.Who am I to know what is going to happened?
What does feeling of despair offers other that regrets?Let us not be a bitter person left alone in the abyss beaten by the experience.</description>
sesekali
<description>model di dalam gambar tidak berbayar dan tidak dikenali.</description>
Terengganu
<description>branch relocation utk salah satu customer di Terengganu.antara gambar yang diambil.dah la gi sensorang..tapi tak kisah..janji keje jalan.
moral of the story,kalau terima pesanan utk keropok losong ganu,amik je  2-3 ,kalau 30 batang mau senget bahu sebelah.(kalau diameter keropok losong tu lebar.)
tapi suka..keropok losong ganu sedap.</description>
do u remember? oboite imasu ka?
<description>kenangan masa di IKIP.10 tahun dah berlalu.aku masih ingat lagi tetiap pagi bila nak gi kelas naik bas mesti kena tunggu bebudak boys siap.mcm tu laa tetiap pagi.
ada satu buaian dekat ngan umah org yg bela anjing.bila malam aku suka sgt main buaian.bila ada je org main buaian..dumm  dengar pintu bebudak umah lelaki akan ditutup.ada sekali tu buaian tu penah disangkutkan ke atas tiang.melompat lompat aku nak turunkan.
masa drama english week aku penah juga berlakon watak sampingan dan aku ingat lagi dialog sampingan aku.dalam team drama aku ada,sabrina,offie n ashraf.han jadi mother nature dan doreen pegang watak jahat.yg lain tak ingat sangat.
bila ada sport carnival risau betul aku sbb bebudak kitorg bukannya ramai.Dipaksa rela main volleyball yg mmg aku tak tere langsung.Dptla gelaran AJK Lubuk.
zaman innocent dan baru nak kenal dunia.kelakar pulak bila ingat balik.</description>
pokok padak
<description>masa munir kecik dulu,munir suka sangat melukis.segala jenis pokok yang dia tau,dia gi lukis.bila dia pandai bercakap tak terlarat nak melayan sebab bila dia tanya dia dah ada jawapan dia sendiri.bila bagi jawapan yang tak sama mcm yg dia nak dengar,tahan je la telinga dengar dia menangis.ada satu pokok kat rumah tu yang kitorang sume mmg tatau apa namanya.satu hari tu munit tanya..mak ni pokok apa?mak aku spontan kata pokok padak. munir pun tak banyak soal dia lukis gambar pokok tu dan label pokok padak kat lukisan dia.sejak dari hari tu kitorang sume panggil pokok tu pokok padak.
sekali imbas nampak mcm pokok palm kat beverly hills lak.walhal pokok ni kat tepi tingkap aku.dah makin tinggi pokok ni.ada pokok sirih menumpang kat pokok padak.aku patut amik gambar angle lain lak kan?tak suka sgt gambar ni.</description>
Bukit Tinggi
<description>trip ke bukit tinggi tahun lepas bulan april.dalam best best trip ni ada jugak horrornya.we almost died in a car crash.tempat kat japanese garden tu curam gila.kereta aku turun dengan lajunya.silap gak guna gear D4.silap konsultansi dari kawan aku.dia kata boleh je guna D4.masa tu aku masih lagi rookie dlm bab bawak bawak kete ni.nauzubillah.alhamdulillah dengan rahmat tuhan,kitorang tade apa apa.tp masa aku bawak kete tu aku tak rasa apa apa.aku tau aku boleh kawal kereta tu.cuma aku kesian ngan kawan aku yg rasa takut.sori beb.wa tade niat nak menakutkan atau bg free roller coaster ride.dah serik gi tempat tinggi.len kali kita gi ngan helikopter.aku janji bukan  aku yang bawak helikopter tu.
masa dah jadi mcm ni aku tefon 2 orang.2 orang ni lain cara dia handle.sorang ni dia divert perhatian aku dengan jadikan mende ni mende ni kecik dan tade apa apa.sorang lagi pendengar yang baik,dia concern dgn apa yg berlaku.dia beritau aku apa yg aku boleh buat.thanks for being there.aku lebih suka cara orang kedua.sekurang kurangnya aku rasa dia faham rasa takut dan risau aku.orang pertama bila aku kata aku takut.dia cuma kata aku mengarut dan gelakkan aku.
bila tengok gambar ni inila dia antara kengkawan terapat aku yg stil keep in touch.tak lama lagi ika nak kawin.boleh ke outing mcm ni lagi?
Awan dan KLCC
<description>2 minggu lepas musim hujan.Aku selalu perhatikan KLCC.Kengkadang akan ada awan yang menyelubungi KLCC ataupun pegi dekat ngan KLCC.Tak kira la pagi ke malam.kalau waktu malam macam Gotham city plak.tapi awan boleh gi bangunan lain kan?tapi apesal dia pilih KLCC?</description>