Woh..dah lama dah tak update fotopages.Bukannya dah berhenti dari mengambil gambar cuma takde masa nak resize and upload.
Baru baru ni aku ada ke Pulau Perhentian.Memang dream vacation setelah ditangguh bertahun tahun dan ada sahaja insiden mensabotaj percutian aku ke pulau - urusan kerja ,poket duit yang bocor atau urusan keluarga yang perlu diutamakan..memang dah sampai seru untuk aku bercuti kali ini sampai aku berkata pada kawan aku..bawak la aku kemana sahaja asalkan pegi bercuti.
Dengan kos RM 350 utk pakej bercuti 3 hari 2 malam dan RM 61 kos naik bas kita proceed!kita bolos saje pulau perhentian itu!!
Aku menginap di Flora Bay resort dengan 2 orang kawan aku.Seronok sangat sangat.Dapat snorkelling dan tengok spesies flora dan fauna taman laut yang bermacam jenis.ni yang buat aku nak tambah lagi satu kamera dalam air.Dapat tengok ikan jerung,penyu yang makan tengah hari,tumbuhan laut -terumbu karang yang menjadi tempat ikan bermain.Paling meriah ikan di taman laut Marine Park.Superb!!Rugi pula masa tu tak bawa kamera underwater.Setiap kali sebelum habis snorkelling,bot akan singgah untuk mandi air mata air- kata orang kat situ air berani.hari pertama memang penat sbb berhenti di 4 lokasi untuk snorkeling.Cuma di tempat ikan jerung tu penat sket sbb berpusing carik ikan jerung.Situ pun berombak.Selalu la tertelan air laut.Aku nampak la jerung.Sekilas je.Cepat sangat.Tima kasih pada guide 'D'
Pakej yang aku subsribe ni termasuk island hoping ke Pulau Redang dan juga Lang Tengah.Makan 2 brealfast,2 lunch dan 2 dinner.Hari kedua tu dinner bbq yang kita datang untuk makan jek.
Apa lagi ye?
Mana boleh lupa pengalaman naik bot laju dan ditiup oleh angin.Untuk tips menaiki bot - pilihlah tempat duduk di belakang bot untuk lebih selesa.Ikut hukum fizik bila bot melambung,bahagian yang terangkat dari pusat graviti akan mengalami hentakan yang lebih kuat.Lebih depan lebih sengsara.
Lagi satu.. guide kat situ pun peramah.Rasa macam dah kenal lama dengan diorang.Along dengan 'D' antara guide yang rajin memandu pelancong domestik macam aku n kawan kawan aku.Along dengan tak disangka sangka membawa kami tengok buku pasal hidupan laut.Belajar tentang nama saintifik dan kumpulan flora ataupun fauna yang kami bakal/dah tengok semasa snorkelling.
Pertama kali berjumpa Along,yang jelas kelihatan di mata rambutnya karat.Aku sangkakan dia begitu sebab pengaruh pelancong Jepun.Pegi la warna rambut macam tu.Tapi katanya sebab dah lama berjemur dan berendam dengan air laut akibatnya jadi macam tu lah.Kami disuruh meneka umur Along.Kawanku meneka umurnya semuda 22.Tapi aku teka dlm 28 tahun.Tersengih lebar Along bila menyebut 22 tahun. Semua tekaan kami salah.Siapa sangka umurnya dah 35 tahun dan sudahpun berkahwin.(*ahahaha habis la along dah cantas dah bila cite pasal status along kat sini).
"D" pun guide yang baik.Dengan penuh sabar dia mengajar aku teknik skin diving yang betul.Menggeleng kepala nya bila aku masih belum dapat tangkap teknik diving.Aku lagi la.Penat juga aku fikirkan apesal masih tak betul betul lagi.Sampai la dia kata guna teknik sujud.Lepas tu boleh la aku dapat sket.Aku rasa selesa dengan "D".Dia bukan jenis yang ambil kesempatan untuk berfoya foya.(*setakat yang aku nampakla).
Kehidupan orang pulau bagi aku ringkas dan menenangkan.Fasanya tidak serancak kesibukan di kota.Tapi guide aka beachboys rasa confident dengan diri mereka.Mungkin kerana warna kulit yang gelap serta fizikal mereka yang berotot menampakkan diri mereka maskulin.Beach Boys adalah seperti gadis litar di GT Japan ataupun F1 bagi aku.hehehehe
Hari terakhir kena balik ke KL semula.SIRIM audit menunggu.Dah la ambik bot seawal pukul 8 utk sampai di KL petang.Aku ke ofis untuk menyusun file.Rasa alaa kalau lewat balik boleh la pegi jungle trekking tapi apa kan daya keje keje keje dah tunggu.
Aku akan kembali semula ke Pulau Perhentian.Insya allah.